fb fb fb fb fb

Rombakan kabinet: Zahid serah kepada PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUANTAN, 24 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan sepenuhnya keputusan sama ada rombakan kabinet akan dilakukan atau sebaliknya.

Beliau menyokong apa sahaja yang diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

"Tentunya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan sesuatu yang lebih baik agar Jemaah Menteri dan kerajaan sedia ada dapat bergerak seiring dengan pengukuhan kerajaan MADANI," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Eastern International TVET di Pusat Komersial Bandar Gambang, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah Anwar atas pelantikannya sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat bagi sesi 2025–2028.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Usahawan.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE