fb fb fb fb fb

RMK13 tepat pada masanya, fokus pembangunan luar bandar – TPM Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 31 Julai -Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai langkah yang tepat pada masanya.

Ini terutamanya ketika negara sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi global, gangguan rantaian bekalan dan tekanan terhadap daya saing serta kesejahteraan rakyat.

Pada masa sama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata, RMK13 turut memberi penekanan khusus terhadap pembangunan luar bandar serta usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Untuk sektor-sektor bawah pertanggungjawab saya, tentu saya mengucapkan berbanyak banyak terima kasih atas keprihatinan yang sangat mendalam terhadap pemerkasaan ekosistem program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terutamanya kesejajaran untuk gaji minima yang telah melebihi prasyarat yang telah ditentukan.

"Disamping itu juga saya amat berterima kasih kerana pemerkasaan agenda bumiputera," beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah bercakap dalam sidang media selepas pembentangan RMK13 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

TETITIA YUSOFF