fb fb fb fb fb

RMK13: Kementerian Komunikasi adakan sesi taklimat kepada Komuniti MADANI, pengurus NADI

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Kementerian Komunikasi akan mengadakan sesi taklimat kepada Komuniti MADANI dan pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi memperjelas pelaksanaannya kepada penggerak dasar di peringkat akar umbi, malam ini.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata sesi secara dalam talian itu bakal melibatkan 1,878 Komuniti MADANI dan 1,099 pengurus NADI di seluruh negara dan akan diadakan secara serentak.

Ia penting untuk memastikan usaha dan ikhtiar Kerajaan MADANI difahami serta dapat disebarluaskan secara menyeluruh kepada masyarakat.

"Kita percaya apabila kita bantu Komuniti MADANI serta pengurus NADI menyebarluaskan ikhtiar dan hasrat kerajaan, maka rakyat akan mendapat manfaat, kita jangkakan lebih 3,000 orang akan mendengar taklimat itu,” kata beliau pada sidang media selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat, hari ini.

Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata RMK13 bertemakan ‘Melakar Semula Pembangunan’ merupakan terjemahan kepada wadah yang dibawa oleh Kerajaan MADANI melalui kerangka Ekonomi MADANI untuk tempoh 2026 hingga 2030.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN