fb fb fb fb fb

RM900 juta laksana perumahan mampu milik rakyat

Foto RTM

KUALA LUMPUR,18 Oktober-Hampir RM900 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat termasuk dua projek PRR baharu di Port Dickson dan Seberang 110 Perai Tengah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata , Kerajaan Madani meletakkan keutamaan memastikan perumahan mampu milik untuk rakyat.

Tidak hanya itu, beliau turut mengumumkan kerajaan bersetuju menyeragamkan dan menaikkan bantuan bina baharu rumah rakyat antaranya penghuni PPRT, nelayan, Kampung Baru Cina kepada maksimum RM90,000.

Katanya, selain itu, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) telah meluluskan RM12.8 bilion Jaminan Kerajaan kepada lebih 57,000 pembeli rumah pertama.

“Kadar siling baik pulih rumah rakyat juga ditingkatkan kepada maksimum RM20,000,” katanya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD