fb fb fb fb fb

RM89.9 bilion pelaburan diluluskan, suku pertama tahun ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh hari ini. -Foto BERNAMA

MELAKA, 12 JUN- RM89.8 bilion jumlah pelaburan diluluskan dalam tempoh suku pertama 2025, meningkat kepada 3.7-peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan pelaburan itu jelas membuktikan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

"Dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat, dalam keadaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengusulkan tarif menyekat kemasukan barang daripada kebanyakan negara, dan ekonomi negara dilihat menguncup. Tetapi Malaysia menyaksikan pada suku pertama 2025, pelaburan yang diluluskan RM89.8 bilion maknanya peningkatan. Dalam keadaan orang tengah tarik brek pasal pelaburan," ujar beliau.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Anwar memaklumkan daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan iaitu RM30.5 bilion melibatkan sektor pembuatan.

"RM30.5 bilion merupakan sektor pembuatan melibatkan 207 projek dan dijangka akan mewujudkan 18, 317 peluang pekerjaan. Apa kaitannya dengan TVET?kategori pengurusan, penyeliaan dan teknikal tertinggi iaitu peningkatan 44.2 kepada 44.3 peratus," maklum beliau semasa berucap pada Hari TVET Negara di Ayer Keroh.

Menyentuh mengenai keyakinan pelabur asing yang kekal utuh terhadap negara, Datuk Seri Anwar berkata, perkara itu terbukti apabila sebuah syarikat gergasi semikonduktor yang berpangkalann di Washington menghubungi beliau bagi menyatakan hasrat untuk membuat pelaburan besar ke dalam negara.

"Dua minggu lalu, saya bersama Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul telah dihubungi menerusi panggilan telefon oleh Syarikat Semikonduktor pembikin cip terbesar (EMD) di Amerika Syarikat.

"Syarikat itu telah menyatakan hasrat untuk membuat pelaburan besar sebanyak 10 bilion dolar ke Malaysia. Kita bersetuju tetapi kita minta untuk tunggu sekejap sebab pada 9 Julai nanti, Presiden Trump akan tetapkan kadar tarif."

Mengulas lanjut, meskipun ekonomi dunia ketika ini berdepan dengan ketidaktentuan, namun keyakinan pelaburan asing terhadap negara kekal utuh. Kerana ia disebabkan kestabilan politik, dasar negara yang jelas serta tenaga kerja yang profesional.

SITI NOORAIN ABDULLAH