fb fb fb fb fb

RM611 bilion jadikan negara hab teknologi AI, menjelang 2030

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Inovasi Semikonduktor di ibu negara

KUALA LUMPUR, 9 Oktober - Malaysia merancang pelaburan sebanyak RM611 bilion bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi kecerdasan buatan (AI) menjelang tahun 2030, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata Malaysia telah melabur lebih RM77 bilion dalam usaha pendigitalan sehingga hujung tahun lepas.

Syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Amazon dan Microsoft menyatakan komitmen untuk membawa masuk pelaburan bernilai lebih RM100 bilion ke negara ini.

"Pertumbuhan sektor pembuatan dijangka mencapai 5.8% dengan nilai melebihi setengah trilion ringgit berbanding 5.1% pada sekitar RM400 bilion sekarang.

"Produktiviti akan meningkat dengan KDNK per kapita mencapai RM77,000 berbanding RM54,000 sekarang. Sektor ini dijangka mampu mewujudkan sehingga 1.2 juta pekerjaan berkemahiran tinggi, terutamanya dalam bidang pembuatan dan ekonomi digital. Tepat pada masanya untuk berkembang," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Inovasi Semikonduktor di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan di sebalik angka dan teknologi, pembangunan tenaga kerja adalah kunci utama.

Beliau menegaskan dasar pekerjaan progresif seperti kerja fleksibel dan keseimbangan kerja penting untuk mengekalkan bakat tempatan.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ