fb fb fb fb fb

RM50 juta bagi pelaksanaan Geran Khas Hasanah 4

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Dana padanan berjumlah RM50 juta diperuntukkan kepada Yayasan Hasanah bagi pelaksanaan inisiatif impak sosial menerusi Geran Khas Hasanah Siri Empat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin inisiatif bawah Khazanah Nasional itu mampu menyumbang kepada sosioekonomi komuniti terpinggir.

Beliau turut menyeru Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan badan korporat menjalin kerjasama untuk tampil dengan penyelesaian inovatif bagi menyokong perusahaan impak sosial dan pertubuhan masyarakat sivil.

"Kita telah melihat kejayaan perusahaan impak sosial terlibat menerusi kerjasama mereka menyumbang kepada peningkatan daya saing dan daya tahan ekonomi. Ini sekali gus memberi manfaat kepada sosioekonomi rakyat," katanya

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakannya dalam ucaptama yang disampaikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di majlis penutupan rasmi Persidangan Global Asian Venture Philanthropy Network (AVPN) 2023 di sini.

(Datuk Seri Nancy Shukri di majlis penutupan rasmi Persidangan Global Asian Venture
Philanthropy Network 2023 anjuran bersama Khazanah Nasional di sini)

Media Baharu