fb fb fb fb fb

RM4 juta diperuntuk Negeri Sembilan bagi membaiki bangunan dan rumah warisan

(Foto FB MB Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 26 Februari - Peruntukan bernilai RM4 juta diberikan kerajaan Negeri Sembilan bagi membaiki bangunan dan rumah warisan di negeri itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata inisiatif Projek Bangunan dan Rumah Warisan Negeri diperkenalkan pada tahun lepas bertujuan membaiki binaan bangunan dan rumah yang mempunyai nilai sejarah tinggi di negeri ini.

"Sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan pada tahun lalu dan peruntukan sebanyak RM1 juta pada tahun ini bagi merealisasikan projek tersebut."

"Setakat ini, sebanyak tiga rumah dan dua masjid dibaik pulih iaitu Masjid Warisan Kampung Terusan di Kuala Pilah, Masjid Warisan Kampung Kuala Serdang (Kuala Pilah), Rumah Warisan Puan Norami (Rembau), Rumah Warisan Puan Norlida (Kuala Pilah) dan Rumah Warisan Puan Jalilah di (Jelebu)," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya di sini.

Projek berkenaan turut melibatkan pakar-pakar daripada Politeknik Port Dickson bagi memastikan keaslian binaan.

"Pihak kontraktor yang terlibat dengan proses pembaikan juga menggunakan kaedah sama seperti yang digunakan tukang pada zaman dahulu bagi memastikan keaslian bangunan-bangunan tersebut," memetik kenyataan itu.

Media Baharu