fb fb fb fb fb

Gangguan air di 42 kawasan terjejas di Shah Alam, Klang dan Petaling pulih sepenuhnya

(Sebanyak 42 kawasan yang terlibat gangguan air tidak berjadual di Selangor pada Jumaat telah menerima bekalan air sepenuhnya/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 23 Februari- Sebanyak 42 kawasan yang terlibat gangguan air tidak berjadual pada Jumaat telah menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 6 pagi Sabtu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi dalam satu kenayataan berkata, kesemua kawasan di Shah Alam, Klang dan Petaling itu sebelum ini terjejas susulan kerja-kerja pembaikan sistem elektrikal di Rumah Pam Bukit Jelutong U8 di sini.

Menurut kenyataan itu, Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

"Pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

"Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan ke Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Media Baharu