fb fb fb fb fb

RM4.3 juta dana terkumpul untuk Projek Wakaf Air

KELANTAN, 28 Oktober- Projek Wakaf Air yang diusahakan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bersama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) berjaya mengumpul dana sebanyak RM4.3
juta sejak tabung tersebut dilancarkan 18 Disember 2020.

Menurut Menteri Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, secara keseluruhan, KASA telah meluluskan 51 buah projek membabitkan nilai lebih RM2 juta di seluruh negara.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 11 projek telah pun disiapkan dengan kos sebanyak RM494,491.

"Selain itu, satu lagi projek sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada November ini yang akan memanfaatkan hampir 9,200 penduduk yang berdepan masalah bagi mendapatkan bekalan air bersih,"katanya dalam ucapannya di Majlis Perasmian Karnival Alam Sekitar dan Air 2022 @Kubang Kerian Sejahtera di RTC Tunjong, Kota Bharu, di sini.

Program yang diadakan selama tiga hari itu memberi peluang kepada rakyat di negeri Kelantan untuk berurusan secara terus dengan jabatan serta agensi di bawah kementerian tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berharap inisiatif Tabung Wakaf Air itu terus berjalan dengan lebih baik dan menjadi mekanisme penting dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat.

Media Baharu