KUALA LUMPUR, 18 Januari -Kira-kira RM37 juta diperlukan untuk membantu sektor komoditi yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Menteri Perusahaan,Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata daripada jumlah itu, RM36 juta diperlukan untuk memulihkan ladang kelapa sawit manakala RM70,000 diperlukan untuk membantu memulihkan ladang getah.
"Kementerian sudah mendapatkan maklumat dan melihat apa keperluan dan akan mula sampaikan sumbangan ini pada bulan dua nanti. "Tapi bagaimanapun keperluan untuk kita membantu mereka adalah untuk menanam semula kerana banjir dan sebagainya.
"Menanam semula ini kita ada program, kita berikan pinjaman mudah, tapi kali ini kita akan berikan geran terus kepada pemilik ladang lima ekar atau 10 ekar ke bawah," katanya ketika ditemui di Angkasapuri.
Banjir luar biasa yang melanda baru-baru ini, menjejaskan 10 peratus kawasan penanaman getah dan kelapa sawit.
Kerugian besar direkodkan di negeri Pahang.