KUALA LUMPUR, 17 Jun- Jumlah tuntutan semula Wang Tidak Dituntut (WTD) terkumpul setakat 31 Mei lalu berjumlah RM3.4 bilion.
Jelas Kementerian Kewangan, bilangan permohonan tuntutan WTD meningkat dua kali ganda berbanding 2022 sekali gus menunjukkan peningkatan kesedaran rakyat ke atas wang tak dituntut.
Serahan WTD yang diterima pada tahun ini hingga 31 Mei lepas adalah RM1.3 bilion.
Menurut kementerian, peningkatan tuntutan semula disebabkan pelaksanaan operasi penguatkuasaan pematuhan Akta Wang Tak Dituntut 1965 ke atas syarikat dan firma di seluruh negara.
Berdasarkan akta berkenaan, WTD yang telah mencapai 15 tahun akan dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan.
Menerusi akaun itu, ia dibelanjakan bagi tujuan perbelanjaan operasi dan perbelanjaan pembangunan negara berdasarkan belanjawan dibentang Perdana Menteri selaras Akta Tatacara Kewangan 1957.
(Foto hiasan)