fb fb fb fb fb

RM200,000 untuk masjid, surau sekitar Bandar Tun Razak

Foto FB Dr Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Sumbangan lebih RM200,000 diberikan kepada masjid dan surau di sekitar kawasan Bandar Tun Razak.

Ia bagi mengimarahkan institusi berkenaan dengan pelbagai aktviti sepanjang Ramadan ini.

Sumbangan tersebut diberikan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Menurut Wan Azizah, sumbangan tersebut akan diberikan kepada sembilan masjid dan 80 surau.

Katanya, setiap masjid memperoleh sebanyak RM5,000 manakala setiap surau RM2,000.

"Ini menunjukkan bahawa kita mahu bangunkan semangat ukhwah itu.

"Islam itu adalah paling baik untuk kita semua.

"Tahun sudah kita bagi RM105,000 untuk semua yang diagihkan dan tahun ini kita naik RM115,000, insya-Allah tapi kalau ada apa-apa yang cuba kita tambah, kita tambahkan," katanya kepada pemberita pada majlis Penyerahan Sumbangan Masjid, Surau dan Perasmian Kupon Pembelian Bazar Ramadan serta pengagihan bubur lambuk di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM