RM18 juta bina sembilan Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM

Foto Facebook JHEV ATM

IPOH, 12 Ogos -Lebih RM18 juta diperuntukkan bagi pembinaan sembilan Pusat Dialisis Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (YVATM) di seluruh negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat dilengkapi kemudahan moden, peralatan mengikut piawaian Kementerian Kesihatan dan tenaga jururawat yang berpengalaman.
  • Semua bayaran rawatan veteran ditanggung sepenuhnya oleh JHEV, tidak kira berpencen, manakala bukan veteran dibayar oleh panel PERKESO atau BaitulMal.
  • Kesemua pusat dikendalikan DVET Holding Sdn Bhd, anak syarikat milikan penuh Yayasan Veteran ATM.
  • Pengembangan pusat dialisis diharap meningkatkan kualiti hidup pesakit dan memperkukuh kebajikan veteran serta memberi akses kepada komuniti setempat.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Semaon Marjuki berkata, empat pusat di Selangor, dua di Perak, dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Johor serta Pahang.

Kesemua pusat dilengkapi kemudahan moden, peralatan mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia serta tenaga jururawat berpengalaman.

“Veteran ini amat beruntung kerana semua pembayaran rawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran sama ada mereka berpencen atau tidak berpencen.

“Bagi yang bukan veteran seperti mereka bawah tajaan panel PERKESO yang ada BaitulMal, juga dibayar oleh panel masing-masing,” katanya.

Kesemua pusat itu dikendalikan DVET Holding Sdn Bhd, anak syarikat milikan penuh Yayasan Veteran ATM.

Ketika ini, seramai 2,055 veteran ATM di seluruh negara sedang menjalani rawatan dialisis menerusi pusat kendalian JHEV, PERKESO serta kemudahan lain yang diluluskan.

Antara kemudahan berkenaan ialah Pusat Dialisis YVATM Cawangan Batu Kurau yang turut memberi akses rawatan kepada veteran ATM dan masyarakat setempat.

YVATM berharap pengembangan kemudahan itu dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit serta memperkukuh kebajikan veteran ATM.

Sementara itu, penerima bantuan,Othman Awang berkata dirinya menyambut baik servis perkhidmatan yang ditawarkan di pusat dialisis berkenaan

“Memang selesa kemudahan di sini. Jururawat memang bagus,” kata Othman.

“Perkhidmatan di sini bagus. Sebelum ini saya pergi ke pusat lain namun, pusat dialisis lebih dekat dengan rumah saya,” ujar Ali Musa Abd Razak juga penerima bantuan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.