fb fb fb fb fb

RM100,000 ganti bumbung Pasar Besar Melaka

(Foto FB MBMB.Official)

BACHANG, 27 April-Lebih RM100,000 diperuntukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi kerja-kerja pembaikan dan penggantian bumbung Pasar Besar Melaka yang rosak berikutan keadaan cuaca dan angin yang kuat.

Menurut Exco Kanan Kerajaan Tempatan Melaka, Datuk Rais Yasin, pihak MBMB akan menggantikan bumbung lama dengan bumbung jenis “Transparent Polycarbonate” dan dijangka siap sepenuhnya pada 2 Mei depan.

Bagaimanapun, buat sementara waktu MBMB mengambil inisiatif meletakkan bumbung sementara jenis “Metal Deck” bagi membolehkan pasar berkenaan dapat beroperasi seperti biasa.

"Saya juga minta agar pihak MBMB melihat apa yang boleh diperbaiki agar peniaga dapat berniaga dalam keadaan selesa".

"Pada masa sama juga berasa selesa ketika mengunjungi pasar berkenaan", katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pasar Besar MBMB di sini.

Hadir sama,Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.


(Exco Kanan Kerajaan Tempatan Melaka, Datuk Rais Yasin mengadakan lawatan di
Pasar Besar Melaka/Foto FB MBMB.Official)

 

 

Media Baharu