fb fb fb fb fb

RM1.95 juta diperuntuk bagi projek tebatan banjir Taman Machang Bubok

FOTO RTM

BUKIT MERTAJAM, 2 September - Kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan yang bernilai RM1.95 juta di Taman Machang Bubuk, Bukit Mertajam kini berjalan mengikut jadual kerja.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, projek yang bermula sejak 21 Februari lalu itu dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos 2026.

Jelas beliau, ia melibatkan kerja-kerja seperti menaik taraf dan membina parit baharu serta pembinaan saliran yang dijangka mampu mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.

"Masalah banjir yang berulang sehingga 8 kali setahun khusunya di Lorong 17,18 dan 19 Kejadian ini menjejaskan hampir 80 buah rumah dan paras air banjir dalam 30 - 40 cm jadi beri kesan yang buruk kepada penduduk dan harta benda mereka", katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Taman Machang Bubuk, Bukit Mertajam, di sini.

Sementara itu katanya, Projek Tebatan Banjir Sungai Permatang Rawa yang menelan kos lebih RM15 juta kini telah mencapai 71 peratus kemajuan dan turut dijangka siap pada penghujung tahun hadapan.

Sementara itu, Kerajaan Negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM105 juta daripada Kementerian Ekonomi bagi melaksanakan Projek Tebatan Banjir Sungai Kilang Ubi di Bukit Mertajam.

Trainee