fb fb fb fb fb

RM1.5 juta diperuntuk untuk projek pembinaan pasar sementara Pasir Pinji

IPOH, 15 Oktober - Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan bagi projek pembinaan pasar sementara di Pasir Pinji, di sini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM540,000 disalurkan Majlis Bandaraya Ipoh.

Beliau berkata seramai 178 peniaga akan dipindahkan ke tapak pasar sementara itu yang dijangka siap menjelang Februari tahun depan.

(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Ko Ming)

"Pasar baharu yang akan dibina akan siap menjelang Mac 2026 dalam dua tahun ini dan projek ini akan dijalankan secara tender terbuka. Jadi kita pastikan pasar baharu akan mempunyai ciri-ciri mampan, hijau serta pintar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah, Projek Pembinaan Pasar Sementara Pasir Pinji, di sini.

Dalam perkembangan lain, Kor Ming turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM110 juta tahun depan untuk projek menaik taraf dan memperbaiki infrastruktur bangunan di 200 pasar di seluruh negara.

Media Baharu