fb fb fb fb fb

RM1.38 juta bayaran saman berjaya dikutip Polis Johor

(Foto hiasan)

ISKANDAR PUTERI, 3 Oktober- Sebanyak RM1.38 juta kutipan bayaran saman trafik diperoleh sepanjang tiga hari Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brother Motor yang berakhir pada Ahad.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata jumlah kutipan itu melibatkan 12,799 saman.

Muar antara daerah yang mencatatkan bayaran saman tertinggi iaitu kira-kira RM192,020, iikuti Batu Pahat RM170,880 dan Johor Bahru Selatan RM141,370.

Beliau turut menjelaskan, "melalui program ini, warga Singapura boleh membayar saman di semua balai trafik daerah.

Sejak 2018 hingga Ogos lepas, sebanyak 2.23 juta saman dengan anggaran nilai RM340 juta direkodkan polis Johor membabitkan pelbagai kesalahan trafik.

109,758 daripada saman itu melibatkan pemandu warga Singapura.

Beliau ditemui pada Majlis Penutup Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brother Motor di Puteri Harbour.

(Foto hiasan)

Media Baharu