fb fb fb fb fb

Ringgit terbaik di asia, hasil kekuatan domestik dan langkah kerajaan

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 6 Ogos- Faktor prestasi ringgit terbaik di Asia merupakan hasil kekuatan ekonomi domestik dan langkah yang diambil kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara langkah itu termasuk Akta Tanggungjawab Fiskal dan penyasaran subsidi diperkenalkan.

"Jadi tunggaknya ialah keluarga Kementeria Kewangan, termasuk kementerian sendiri, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan Petronas.

"...Semuanya, dan mempunyai saham. Saham inilah yang menyebabkan kita dilihat sebagai sesuatu yang meyakinkan, itu adalah kekuatannya," kata Anwar.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Asean 2025 dan Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Menteri Kewangan di sini.

Dalam pada itu, berkenaan penyasaran subsidi Anwar berkata meskipun langkah berkenaan tidak popular namun ia harus dilakukan bagi memastikan tiada ketirisan berlaku dan memberi keyakinan kepada pelabur menerusi imej kerajaan yang bertangungjawab.

Pada masa sama beliau turut meminta media Kementerian Kewangan menjadi lebih proaktif dan agresif dalam mendidik orang ramai mengenai usaha kementerian dalam pengurusan hutang negara.

"Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana tidak mengerti kerana kadang-kadang kita tidak memainkan peranan untuk mendidik mereka, (memberi) pencerahan mengenai ekonomi," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI