KUALA LUMPUR, 24 Oktober -Tujuh negeri serta Labuan diramal mengalami cuaca ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga pukul 12.00 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, situasi itu dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).
"Di Selangor ia melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat manakala di Sarawak, kawasan dijangka terjejas ialah Mukah dan Miri (Subis dan Miri)," menurut kenyataan itu.
Bagi Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Pitas dan Kudat), selain Labuan.