fb fb fb fb fb

Malaysia-Arab Saudi perkukuh kerjasama dalam pembangunan belia, diplomasi budaya

FOTO FB ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Malaysia dan Arab Saudi berkongsi aspirasi yang sama dalam memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang pembangunan belia, inovasi sosial dan diplomasi budaya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang telah mengadakan perbincangan dengan Ahli Lembaga Yayasan Pengakap Dunia (WSF), Puteri Sama Faisal Al Saud, berkata perbincangan mereka menyentuh mengenai peranan WSF dalam memperkasa generasi muda di peringkat global.

Ini termasuk inisiatif 'Messengers of Peace' yang memberi impak positif terhadap pembangunan belia dan keamanan sejagat.

"Semoga jalinan kerjasama ini terus mekar dan menjadi platform penting dalam memperkukuh nilai kemanusiaan sejagat," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Terdahulu, Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Puteri Sama di Putrajaya.

Kunjungan Puteri Sama bersempena penganjuran '77th World Baden-Powell Fellowship Event' yang berlangsung di Kuala Lumpur mulai semalam sehingga 26 Oktober ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM