PETALING JAYA, 8 Jun- Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri iaitu Kedah, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 12.00 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan berkata, amaran tersebut melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda.
Manakala di Sarawak iaitu Miri (Subis dan Miri), Sabah melibatkan pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.