PETALING JAYA, 12 Ogos - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 10.00 pagi ini.
MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan beberapa kawasan yang terlibat di negeri Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).
Keadaan cuaca sama turut dijangka di beberapa kawasan di negeri Sabah melibatkan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.