fb fb fb fb fb

Remaja perempuan ditahan susulan penemuan bayi tepi sawah

FOTO RTM

ALOR SETAR, 30 November - Seorang remaja perempuan 15 tahun ditahan bagi membantu siasatan susulan penemuan bayi perempuan di tepi sawah padi di Kampung Kubang Pangas, Kubang Rotan dekat Kuala Kedah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, remaja berkenaan ditahan di sekitar Kubang Rotan, petang Rabu.

Bagaimanapun, remaja tersebut dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkannya mendapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu mendedahkan dan membuang kanak-kanak yang umurnya kurang daripada 12 tahun oleh ibu bapa atau penjaganya.

Sabit kesalahan, penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD