fb fb fb fb fb

Remaja lemas ketika mandi di sungai

FOTO HIASAN

KUALA KRAI, 18 Februari- Seorang remaja perempuan berumur 19 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Pasir Era, Kuala Krai semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Noorzaidi Mohamed berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Nurul Farisya ditemukan pada kira-kira pukul 7 malam.

Katanya, bomba menerima laporan mengenai insiden itu pada 4.16 petang sebelum sepasukan anggota dari BBP Sungai Durian dan BBP Machang dikerah ke lokasi kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang mandi di lokasi terbabit bersama rakannya, namun rakannya itu terselamat.

“Mayat Nurul Farisya ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian oleh abangnya,"katanya.

Mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE