fb fb fb fb fb

Rejimen 504 askar wataniah tekad pertahankan kedaulatan negara

BESERI, 7 September- Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia menyambut Hari Ulang Tahunnya yang Ke-42 pada hari ini..

Titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, rejimen berslogankan ‘Latih Untuk Perang’yang merupakan benteng pertahanan kedua negara ini akan terus gah dalam mempertahankan kedaulatan tanahair amnya dan bumi Perlis khasnya.


(Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika menerima
sembah mengadap hormat oleh Timbalan Komander rejimen Leftenan Kolonel Lasahi Laiji)

Ketika ini, pihak rejimen sedang memberi fokus khusus untuk persiapan menjadi tuan rumah kepada Sidang Komander Askar Wataniah di Perlis dari 14-16 Oktober depan.

Tirah baginda lagi, golongan muda yang sihat tubuh badan dan memenuhi segala keperluan minima yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia adalah dijemput untuk tampil ke hadapan secara beramai-ramai bagi mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sukarela Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, Perlis.

Baginda bertitah ketika menerima sembah mengadap hormat oleh Timbalan Komander rejimen tersebut yang baharu iaitu Leftenan Kolonel Lasahi Laiji yang telah mengambil alih tugas sejak 4 Ogos 2022 di Bilik Mesyuarat, Galeri DiRaja Arau,

Leftenan Kolonel Lasahi sebagai Timbalan Komander yang ke-23 menyembah mengadap Tuanku Komander secara rasminya bagi memperkenalkan diri, mengetahui visi dan hasrat Tuanku Komander serta membincangkan hala tuju rejimen sebagai panduan perancangan rejimen pada baki tahun ini dan seterusnya.

Media Baharu