fb fb fb fb fb

TPM Singapura berlepas pulang, selepas lawatan rasmi 4 hari ke Malaysia

SEPANG, 7 September- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong berlepas pulang selepas lawatan kerja 4 hari ke Malaysia sejak Ahad lalu.

Beliau dan isteri bersama delegasi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat komersial MH611 pada pukul 9.30 pagi tadi.

Lawrence Wong turut menerima tabik hormat di Balai Berlepas KLIA oleh 32 anggota dan pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja sebelum berlepas.

(Lawrence Wong berlepas pulang selepas lawatan kerja 4 hari ke Malaysia sejak Ahad lalu)

Pada Rabu, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Negara.

Sepanjang sesi lawatan rasmi pertama ke Malaysia, Lawrence Wong turut membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Media Baharu