fb fb fb fb fb

Ravindar Singh, Ketua Polis Daerah Cheras yang baharu

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa tugas jawatan Ketua Polis Daerah Cheras daripada ACP Zam Halim Jamaluddin (kiri) kepada ACP Ravindar Singh Sarban Singh (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, hari ini.

KUALA LUMPUR, 19 April- Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Cheras yang baharu, semalam.

Ravindar menggantikan Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin yang dinaikkan pangkat sebagai Komandan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berharap pelantikan tersebut dapat meneruskan kesinambungan perkhidmatan cemerlang pimpinan terdahulu.

Sebelum ini, Ravindar Singh bertugas di Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Cheras baharu di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob.

SITI AISHAH MD ISA