fb fb fb fb fb

Raptai sambutan Hari Kebangsaan, beberapa jalan di ibu negara ditutup

KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Sempena sesi raptai acara sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini, Jalan Raja mula ditutup bermula 7 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata beberapa jalan di ibu negara juga bakal mula ditutup esok hingga 29 Ogos ini.

"Pada hari esok sehingga 29 Ogos ini jalan-jalan yang akan terlibat akan lebih banyak, antaranya Jalan Raja , Jalan Merdeka, Jalan Travers berhampiran susur IPD Brickfield, dekat Muzium Negara, Jalan Raja Laut dan juga berhampiran dengan bulatan Datuk Onn, Jalan Tun Perak di sekitar Dataran Merdeka," katanya.


(Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh)

Bercakap selepas menjadi tetamu dalam program bual bicara di Angkasapuri, beliau turut memaklumkan pada hari perarakan pula 18 jalan sekitar ibu negara, akan ditutup antara enam pagi hingga 12 tengah hari.

Pengunjung pada masa sama, dinasihat untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke Dataran Merdeka bagi mengelak kesesakan.

Bagi kenderaan persendirian pula boleh meletakkan kenderaan di parkir awam sekitar Masjid India, parkir awam berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan parkir awam di hadapan Bukit Aman.

Media Baharu