fb fb fb fb fb

Lebih 8,000 penduduk dipindahkan ke 130 PPS di Terengganu dan Kelantan

KUALA LUMPUR, 27 Februari - Setakat pukul 9 pagi, sebanyak 12 daerah di Terengganu dan Kelantan terjejas akibat banjir.

Seramai 8,213 penduduk terjejas banjir melibatkan 2,583 keluarga ditempatkan di 130 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Di Terengganu, sebanyak 95 PPS dibuka bagi menempatkan 4,474 penduduk terjejas banjir.

Ia membabitkan kawasan Setiu, Besut, Kemaman, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Dungun Kuala Nerus dan Marang.

Menurut laman sesawang InfoBencanaJKM, antara PPS dibuka termasuk Balai Raya Baru Seladang di Setiu, Dewan Terbuka Kg Belaoh di Besut, Dewan Sivik Air Putih di Kemaman dan PPS Balai Raya Kg Pengkalan Ajal di Hulu Terengganu.

Sementara itu di Kelantan sebanyak 35 PPS dibuka menempatkan 3,739 penduduk terjejas banjir yang membabitkan 1,258 keluarga.

Kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.

PPS yang sedang dibuka melibatkan Masjid Lama Keroh di Kuala Krai, Sekolah Kebangsaan Lawang di Tanah Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan Legeh di Jeli dan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di Pasir Mas.

 

Media Baharu