fb fb fb fb fb

Rakyat Malaysia di Ukraine selamat dipindahkan

(Foto Facebook Saifuddin Abdullah)

KUALA LUMPUR, 27 Februari - Sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine bersama dua tanggungan dan seorang warga Singapura dari Kiev, selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempada Ukraine dengan Poland pada pukul 5.45 pagi tadi waktu Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, konvoi yang memindahkan mereka diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Ukraine, Fadhilah Daud.

"Konvoi terbabit disambut oleh dua orang pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Poland.

"Mereka sedang menuju ke Warsaw pada waktu ini dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau, hari ini.

(Mereka disambut dua pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Poland/Foto Facebook Saifuddin Abdullah)

Sementara itu, Wisma Putra menerusi hantara di Facebook memaklumkan sentiasa berhubung rapat dengan pegawai-pegawai Kedutaan bagi memastikan keselamatan serta keberadaan mereka dari semasa ke semasa.

Terdahulu, agensi berita antarabangsa melaporkan, antara negara yang menggesa warganegara mereka meninggalkan Ukraine ialah Amerika Syarikat, Jerman, Itali, Britain, Ireland, Belgium, Luxembourg, Belanda, Kanada, Norway, Estonia, Lithuania, Bulgaria, Slovenia, Australia, Jepun, Israel, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Media Baharu