fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Terengganu meningkat kepada 4,386 orang

KUALA TERENGGANU, 24 Februari- Banjir gelombang kelima di Terengganu menyaksikan penduduk terjejas terus meningkat kepada 4,386 orang berbanding 3,813 pada pukul 10 malam tadi.

Ia susulan hujan lebat yang masih berlarutan di kebanyakan daerah sehingga pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, 89 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di kesemua lapan daerah menempatkan 325 keluarga.

Daerah Kemaman merekod jumlah penduduk terjejas banjir paling tinggi iaitu 976 orang yang ditempatkan di 21 PPS.

Ia diikuti Setiu 802 orang; Hulu Terengganu, 773; Besut, 461; Kuala Nerus, 173; Dungun, 138; Kuala Terengganu, 58 dan Marang, lima.

Media Baharu