fb fb fb fb fb

Rangka Kerja Kelestarian FGV diperbaharui bagi kesejahteraan bumi

Pengerusi FGV, Tan Sri Rastam Mohd Isa

SERDANG, 14 Julai - Syarikat global perniagaan agri dan makanan, FGV Holding Berhad melancarkan lancar Rangka Kerja Kelestarian FGV terbaharu, bagi menterjemahkan komitmen berterusan terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta menangani dan merungkai isu-isu kelestarian.

Pengerusinya Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, rangka kerja itu dikaji semula dan diperbaharui mengikut perkembangan semasa seiring usaha pelbagai pihak dalam memastikan kesejahteraan planet bumi bagi generasi yang akan datang.

Ia juga menyasarkan untuk menyumbang kepada usaha negara dalam mengubah industri sawit, di samping menyokong aspirasi kelestarian kebangsaan.

Rangka kerja itu merangkumi lima teras utama, iaitu Pertumbuhan Ekonomi, Tadbir Urus, Sosial, Alam Sekitar serta Inovasi dan Teknologi.

"Cabaran alam sekitar dan ketidaksamarataan sosial yang dihadapi di peringkat global amat membimbangkan dan memerlukan tindakan bersepadu semua pihak. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, FGV komited untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi menyumbang secara positif dalam usaha mengatasi segala cabaran dan masalah berkaitan dengan kelestarian," kata Rastam.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan Majlis Pelancaran Rangka Kerja Kelestarian FGV yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

TETITIA YUSOFF