fb fb fb fb fb

Ramli Md Nor dan Alice Lau dipilih sebagai Timbalan Speaker

KUALA LUMPUR, 19 Disember - Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Md Nor dan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Ramli dan Alice dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mewakili kerajaan, masing-masing mendapat 148 dan 146 undi.

Seorang lagi calon, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang dicalonkan Perikatan Nasional (PN) mendapat 74 undi.

(Datuk Ramli Md Nor dan Alice Lau)

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata oleh kerana terdapat lebih daripada dua cadangan nama untuk jawatan berkenaan maka undi bersurat oleh semua Ahli Parlimen diperlukan mengikut Peraturan Mesyuarat 6(2) dan 4(3) bagi memilih dua Timbalan Yang Dipertua.

Perkara 57 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa memilih dua orang Timbalan Yang Dipertua daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Sejurus selepas sesi pengundian itu, Johari turut menamakan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.

Media Baharu