fb fb fb fb fb

Ramadan tidak lama lagi, bekalan daging, ayam dan telur ayam mencukupi

ALOR SETAR, 20 Mac - Bekalan makanan seperti daging, ayam dan telur ayam dijamin mencukupi bagi menampung keperluan pengguna sepanjang bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) I, Datuk Seri Ahmad Hamzah sebelum ini mengakui terdapat kekurangan bekalan, akibat permintaan yang tinggi sebaik sahaja sektor ekonomi dibuka semula akibat pandemik COVID-19.

Pada masa sama, pemain-pemain industri barangan keperluan mengurangkan pengeluaran bekalan kerana kurang permintaan ketika COVID-19 melanda negara.

( 407,000 ribu metrik tan ayam dibawa masuk/FOTO FAIL)

Bagaimanapun, permintaan kepada barangan keperluan meningkat selepas Perintah Kawalan pergerakan (PKP) ditamatkan, sekali gus banyak perniagaan dibuka menyebabkan terdapat peningkatan terhadap permintaan bekalan makanan.

"Sebelum ini memang semasa kita menghadapi COVID-19, kita tidak ada masalah. Bekalan makanan adalah mencukupi dan stabil. Tetapi apabila semua sektor ekonomi dibuka barulah kita menghadapi satu permintaan yang cukup tinggi. Kita jangkakan bulan puasa ini dan seterusnya hari raya, kita mempunyai bekalan yang mencukupi dan stabil," 

Ahmad bercakap kepada RTM selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan NAFEC 2022 di Alor Setar.

Menyedari keperluan itu, pada Januari lalu kerajaan membuat keputusan mengimport ayam bulat sejuk beku bagi menampung keperluan pengguna.

Setakat ini, sebanyak 407,000 ribu metrik tan ayam dibawa masuk ke negara ini oleh 16 syarikat tempatan yang diberikan kebenaran mengimport ayam.


Media Baharu