HANOI, 20 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Hanoi, Vietnam untuk lawatan rasmi selama dua hari ke negara berkenaan.
Ia diadakan atas jemputan Perdana Menteri, Pham Minh Chinh.
Ketibaan Datuk Seri Ismail Sabri disambut Menteri dan Pengerusi Kerajaan Vietnam, Tran Van Son serta pemimpin tempatan.
Turut menyambut ketibaan beliau adalah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah selaku menteri pengiring serta pegawai kanan kerajaan.
Datuk Seri Ismail Sabri mempunyai jadual yang padat sepanjang 2 hari lawatan rasmi ini.
(Lawatan rasmi dua hari, PM)
Sejurus tiba di Hanoi, beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat Vietnam yang mempunyai kepentingan di Malaysia dan berhasrat mengembangkan perniagaan mereka.
Pada hari kedua pula, sambutan rasmi akan diadakan di Istana Kepresidenan dan diikuti sesi bergambar bersama rakan sejawatan, Pham Minh Chinh.
Kedua pemimpin ini akan mengadakan pertemuan dan diikuti sesi pertukaran dokumen.
Datuk Seri Ismail Sabri juga dijangka membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc.