fb fb fb fb fb

Rakyat Malaysia diminta tangguh dahulu perjalanan ke Sri Lanka - Kementerian Luar Negeri

(FOTO AFP)

KUALA LUMPUR, 10 Julai - Rakyat Malaysia yang ingin melawat Sri Lanka dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting buat masa ini berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu akibat krisis kewangan.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan rakyat Malaysia di Sri Lanka diminta mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo bagi tujuan keselamatan mereka di sana.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga telah menghubungi semua rakyat Malaysia yang berdaftar di Sri Lanka bagi memastikan keselamatan dan memberikan bantuan konsular, sekiranya diperlukan.


(FOTO AFP)

"Kementerian Luar Negeri memantau rapat perkembangan semasa di sana dan meminta rakyat Malaysia sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan," menurut kenyataan tersebut hari ini.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi nombor seperti yang tertera;

Alamat: 45, Rosmead Place, Colombo 07, Sri Lanka
No.Tel: +94774830103
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Media Baharu