PUTRAJAYA, 12 Januari - Rakyat Malaysia dinasihat supaya menunda sebarang perjalanan yang tidak penting ke Yaman.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, ia susulan serangan udara oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya United Kingdom (UK) pada Khamis yang menyasarkan kawasan-kawasan dikuasai Houthi di negara itu.
Kenyataan itu juga menyebut rakyat Malaysia di Yaman yang kebanyakannya pelajar, berada dalam keadaan selamat dan jauh dari kawasan konflik.
"Rakyat Malaysia di Yaman digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa oleh pihak berkuasa tempatan," menurut kenyataan itu.
Wisma Putra, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat akan terus memantau dengan teliti perkembangan terkini di Yaman.
Menurut laporan media antarabangsa, AS dan UK melakukan serangan dari udara di beberapa kubu Houthi sebagai tindak balas terhadap kumpulan itu yang menyerang kapal-kapal dagang antarabangsa di Laut Merah.
Untuk sebarang bantuan, Kedutaan Besar Malaysia di Muscat boleh dihubungi di butiran berikut:
Kedutaan Besar Malaysia di Muscat Alamat: Villa No. 2443, Way 3030 Shatti Al Qurum P.O. Box 51, Bareeq Alshati Muscat Nombor Telefon: + 968) 2469 8329 + (968) 7159 2388 Emel: