fb fb fb fb fb

Rakyat dapat nikmati barangan keperluan harga patut, fokus KPDN

PUTRAJAYA, 10 Januari- Peningkatan akses rakyat kepada barangan keperluan harian dengan harga munasabah dan adil antara fokus Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ini bagi membolehkan pengguna menikmati penjimatan harga berbanding harga pasaran tempatan tanpa mengganggu ekosistem pengeluaran dan pengedaran barang keperluan.

Ke arah itu, KPDN telah merangka pelbagai pendekatan dan strategi termasuk pelaksanaan Program Subsidi Bersasar Berperingkat dan insiatif Payung Rahmah dalam merungkai permasalahan kos sara hidup rakyat.

Pihaknya juga akan melihat semula dasar yang berkaitan seperti kawalan harga, tempoh kawalan harga, kaedah dan penyaluran subsidi, pengimportan dan pengeksportan, kos pengeluaran dan pengangkutan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat tahun baharunya dalam perhimpunan bulanan KPDN di Putrajaya.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,
Datuk Seri Salahuddin Ayub)

 

Media Baharu