fb fb fb fb fb

Mayat penunggang motosikal kuasa tinggi ditemukan selepas tiga hari

GERIK, 10 Januari- Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi ditemukan maut di dalam semak di Kilometer 22, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli, di sini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata siasatan awal mendapati mangsa berumur 46 tahun itu menunggang motosikal secara solo menuju ke arah Hentian Titiwangsa, di sini kira-kira pukul 11.15 pagi Jumaat lepas.

Dalam insiden tersebut, mangsa ditemukan selepas tiga hari dilaporkan hilang.

"Usaha menjejaki mangsa turut dilakukan rakan-rakannya. Laporan kehilangan mangsa dibuat bapanya kira-kira pukul 1.58 petang semalam di Balai Polis Kuala Ketil, Kedah. Mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 5.30 petang semalam oleh rakan-rakannya," katanya menerusi kenyataan.


(Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987)

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin di talian 013-4487374 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu