fb fb fb fb fb

Raja Zarith Sofiah, Wan Azizah bincang mengenai PPPM

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 23 Februari-Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menerima menghadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Negara, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu bagi membincangkan beberapa perkara mengenai Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dengan Seri Paduka Baginda yang juga berperanan selaku Penaung Diraja persatuan itu.

Wan Azizah yang merupakan Yang Dipertua PPPM turut diiringi Timbalan Yang Dipertua PPPM, Tengku Datuk Shireen Tengku Suleiman dan Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datuk Yeoh Soo Keng dalam sesi itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM