fb fb fb fb fb

Raja Puan Muda Perlis berkenan lawat Hospital Tuanku Fauziah

KANGAR, 10 Mei- Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mengadakan lawatan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sempena Program Ziarah Rahmah Kepenggunaan.

Program berkenaan merupakan anjuran Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Baginda dipersembahkan taklimat ringkas oleh Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi HTF, Dr. Noor Aini Harun, berkenaan operasi jabatan yang menyediakan perkhidmatan dan kepakaran dalam merawat pesakit.

(Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan beramah mesra
dengan pesakit di HTF / Foto MEDIA ISTANA ARAU)

Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan beramah mesra dan mengurniakan cenderahati kepada ibu-ibu di wad bersalin diiringi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Baginda berharap agar warga kerja HTF akan terus menjalankan tugas masing-masing dengan penuh berdedikasi dan bertanggungjawab.

Media Baharu