fb fb fb fb fb

Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Santapan Diraja UTM

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

PUTRAJAYA, 19 Oktober- Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja Universiti Teknologi Malaysia (UTM RGD) 2024.

Program dwitahunan itu merupakan platform untuk mengumpulkan dana bagi tujuan pemberian biasiswa, bantuan sara hidup, pembayaran yuran pengajian, bantuan perubatan, makanan percuma, serta penyediaan peralatan pembelajaran.

Keberangkatan tiba Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor UTM pada pukul 8.20 malam disambut Ketua Setiausaha Kementerian Pendiidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zaini Ujang; Naib Canselor UTM Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Azman Mokhtar.

Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Mahkota Khaleeda Bustamam.

Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyaksikan penyerahan replika cek sumbangan kepada wakil penerima biasiswa dan penajaan.

Jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul menerusi penganjuran UTM RGD 2024 mencecah RM6.4 juta.

Ia merupakan sumbangan kerajaan negeri, syarikat korporat, pemain industri, alumni UTM, petugas UTM dan individu perseorangan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI