fb fb fb fb fb

Raja Muda Selangor lawat mangsa di PPS Dewan Masjid Putra Heights

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (dua, kanan) berkenan meninjau dan menyantuni mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights

PUCHONG, 2 April - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights di sini, bagi meninjau keadaan mangsa insiden kebakaran paip gas, pagi semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut Exco Pengurusan Bencana Selangor Mohd Najwan Halimi dan Exco Perpaduan dan Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail.

Baginda meluangkan masa bertemu mangsa yang ditempatkan di PPS serta mendengar sendiri kisah mereka yang terkesan akibat insiden tersebut.

 Raja Muda Selangor juga berkenaan meluangkan masa bertanya khabar penduduk yang jejas selain menyampaikan sumbangan Pek Kasih Syawal daripada Perbadanan Wakaf Selangor.

TETITIA YUSOFF