fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis saran penglibatan pelabur bangun sektor pelancongan Perlis

PADANG BESAR, 24 Ogos- Penglibatan para pelabur untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri mampu menghasilkan produk hiliran bagi sumber yang sedia ada supaya dapat menjadi satu nilai tambah kepada hasil bumi serta pendapatan rakyat di Perlis.

Usaha untuk membangunkan bidang industri perhotelan bertaraf lima bintang dan operator pusat-pusat pelancongan bagi menampung jumlah permintaan yang tinggi dalam sektor pelancongan Perlis buat masa ini turut diperlukan.

Titah Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, sokongan daripada pihak pelabur yang berhasrat untuk melabur bagi memulakan sesuatu perniagaan yang diusahakan oleh anak-anak muda tempatan turut ditagih.

Ketika ini, Perlis membangun pesat dalam pelbagai bidang dan tanpa sokongan semua pihak ianya tidak dapat dicapai dengan mudah.

Diharapkan semua pihak turut merangka program dan pembangunan yang dapat dibawa ke Perlis agar kemajuan yang dinikmati di luar negeri turut dapat dirasai oleh rakyat Perlis.

Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika merasmikan
Majlis Apresiasi Penaja Sisipan Khas Di Dalam Akhbar Tempatan Sempena Sambutan Ulang
Tahun Keputeraan Ke-79 DYMM Tuanku Raja Perlis

Demikian titah baginda ketika merasmikan Majlis Apresiasi Penaja Sisipan Khas Di Dalam Akhbar Tempatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-79 DYMM Tuanku Raja Perlis yang diadakan di Shah Stable, Felda Chuping.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Media Baharu