fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis raikan enam penceramah antarabangsa

FOTO MEDIA ISTANA ARAU

ARAU, 27 Januari- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan meraikan enam orang penceramah terkenal antarabangsa yang hadir ke Perlis bagi menjayakan program "Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2024" dalam satu majlis di Galeri DiRaja Arau.

Ilmuwan Islam yang terlibat adalah Sheikh Assim Al-Hakeem, Dr. Muhammad Salah, Sheikh Wasim Kempson, Dr. Abu Ameenah Bilal Philips, Sheikh Hussain Yee dan Dr Zakir Naik.

PISC 2024 yang akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Dewan 2020, Kangar adalah seminar antarabangsa yang julung kali diadakan bertemakan "Light Of Tawheed" yang menyasarkan penyertaan masyarakat tempatan dan luar negeri yang akan bertandang ke Negeri Perlis mengambil sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 yang sedang berlangsung sekarang.

Program berkenaan adalah salah satu inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam perkembangan ilmu yang dilaksanakan melalui Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Pusat Dakwah MAIPs, Perlis Centre of Wisdom dengan kerjasama beberapa lagi rakan strategiknya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE