BESUT, 5 Mei - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut dengan kerjasama Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) melakar sejarah dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) apabila diiktiraf sebagai penganjur pertama untuk meraikan sambutan Hari Guru di dasar Laut.
Program yang diadakan pada Khamis di Taman Laut Pulau Perhentian, di sini disertai seramai 33 penyelam terdiri dalam kalangan 15 guru Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta kakitangan bank berkenaan.
Guru SMK Kuala Besut, Aznan Abas berkata program tersebut bertujuan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan di dalam air, mengasah kemahiran di dasar laut dan mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti rekreasi sukan selam skuba dalam kalangan guru.

guru iaitu kemeja dan tali leher)
"Bagi pihak SMK Kuala Besut amnya dan JPN khasnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Co-opbank pertama yang telah bersama-sama menjayakan program ini...menaja kami untuk program ini sehingga dicatatkan di Malaysia Book of Record sebagai program pertama sambutan Hari Guru di dasar laut di Malaysia," katanya.
Pengiktirafan itu disahkan wakil MBOR, Lee Pooi Leng yang menyampaikan sijil kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Abdul Muie Ngah.
Lebih istimewa apabila golongan pendidik turun menyelam dengan memakai pakaian seorang guru iaitu kemeja dan tali leher.