fb fb fb fb fb

APMM tahan bot tempatan dikendali tiga warga Myanmar tanpa permit

MERSING, 5 Mei- Sebuah bot nelayan dikendalikan lima nelayan termasuk tiga warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor di Pulau Tinggi, di sini, 6.30 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, tangkapan dibuat ketika semua nelayan sedang menangkap ikan menggunakan pukat tunda.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiga daripada mereka merupakan warga asing yang tidak memiliki kelulusan bertulis atau permit kerja daripada Ketua Pengarah Perikanan.

Tambahnya, turut dirampas 600 kilogram hasil laut.

(FOTO APMM)

"Kesemua kru bot termasuk tekong warga tempatan berusia 35 hingga 51 tahun," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mereka akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

Media Baharu