fb fb fb fb fb

PUSRASik bina jalan konkrit, penduduk tarik nafas lega

(Penduduk bergotong-royong membina jalan konkrit/PUSRASik)

SIK, 30 SEPTEMBER- Masalah jalan tidak sempurna yang membelenggu sebahagian penduduk Kampung Sungai Senam dan Kampung Charok Tok Uban di daerah Sik, sejak berbelas tahun lalu akhirnya selesai apabila jalan konkrit dibina di kawasan berkenaan.

Ia hasil sumbangan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Sik, (PUSRASik).

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, di Kampung Sungai Senam, penduduk bergotong royong membina jalan konkrit sepanjang 180 meter.

Beliau turut menambah, “PUSRASik memperuntukkan sebanyak RM6,000 bagi membina jalan konkrit ini. Ia dibina secara gotong-royong bersama penduduk kampung.

“Alhamdulillah selain dapat menjimatkan kos, ia dapat menyelesaikan masalah yang dialami penduduk sejak sekian lama” jelasnya ketika dihubungi RTM di sini hari ini.

Ia sekaligus menyelesaikan masalah air bertakung dan jalan becak yang dihadapi oleh penghuni enam buah rumah.

Manakala di Kampung Charok Tok Uban, projek penambahbaikan jalan desa kepada jalan konkrit dilakukan bagi memberi keselesaan kepada penduduk untuk melakukan urusan harian.

(Pembinaan jalan konkrit sepanjang 180 meter di daerah Sik/PUSRASik)

Media Baharu