fb fb fb fb fb

PUSPANITA UKAS JPM adakah kunjungan ke RTM

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima kunjungan kasih daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita (PUSPANITA) Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Angkasapuri pagi tadi.

Menyambut kedatangan rombongan tersebut, RTM diwakili, Timbalan Ketua Pengarah Strategik, Nasaruddin Abdul Mutalib beserta ahli PUSPANITA RTM.

Turut hadir Ketua Pengarah UKAS, Muhammad Razman Abu Samah.

Rombongan yang hadir sekitar pukul 9.30 pagi itu diberi taklimat ringkas berkenaan operasi harian dan fungsi RTM sebagai medium penyebaran informasi kepada masyarakat.

Peserta dibawa melawat studio Selamat Pagi Malaysia, studio berita, studio latihan orkestra dan Auditorium Seri Angkasa.

UKAS berperanan sebagai agensi pusat program kerjasama awam swasta antaranya dalam pembangunan Kompleks Media City di RTM.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM